Panduan Lengkap Duti Setem LHDN Untuk Perjanjian Sewa
Mengapa Perjanjian Sewa Perlu Dimatikan Setem (Stamping)?
Surat perjanjian sewa rumah yang tidak dimatikan setem di LHDN tidak mempunyai nilai di mahkamah. Jika berlaku masalah dengan penyewa (seperti tidak membayar sewa atau merosakkan harta benda), dokumen yang tiada cop LHDN tidak boleh dijadikan bahan bukti kukuh untuk tindakan undang-undang.
Tempoh Masa Mematikan Setem (Timeline)
Mengikut undang-undang Malaysia, anda diberikan tempoh 30 hari dari tarikh dokumen ditandatangani untuk membuat stamping. Kelewatan akan menyebabkan anda dikenakan penalti:
- Lewat 3 bulan atau kurang: RM25 atau 5% daripada duti setem yang kurang dibayar (yang mana lebih tinggi)
- Lewat lebih 3 bulan hingga 6 bulan: RM50 atau 10%
- Lewat lebih 6 bulan: RM100 atau 20%
Formula Pengiraan Duti Setem LHDN
Formula asas yang digunakan untuk pengiraan duti setem (bagi sewaan bermula 2018 ke atas) ialah:
(Sewa Tahunan - RM2,400) / 250 x Kadar Mengikut Tempoh Sewa
Kadar mengikut tempoh sewa:
- 1 Tahun ke bawah: RM1 bagi setiap RM250
- Lebih 1 Tahun hingga 3 Tahun: RM2 bagi setiap RM250
- Lebih 3 Tahun: RM4 bagi setiap RM250
Soalan Lazim (FAQ) Stamping LHDN
Adakah pengecualian duti setem disediakan? ↓
Kerajaan ada kalanya mengumumkan pengecualian duti setem untuk kategori tertentu melalui Bajet Tahunan. Sila semak dengan LHDN untuk pengecualian semasa.
Bolehkah stamping dibuat secara online? ↓
Ya, pendaftaran dan proses stamping kini boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal STAMPS LHDN (stamps.hasil.gov.my).
Belum Ada Surat Perjanjian Sewa Rumah yang Sah?
Dapatkan draf perjanjian standard lengkap dengan 38 klausa perlindungan yang diiktiraf mahkamah dan sedia dimatikan setem di LHDN.
Dapatkan Surat Perjanjian Sekarang (RM 49) →